Pelaksanaan Program Pendidikan Khas
Merujuk kepada buku yang ditulis oleh K.A Razhiyah, berikut adalah beberapa perkara yang dapat dijalankan dalam melaksanakan Program Pendidikan Khas.
PERSEDIAAN BILIK DARJAH
- Menguruskan papan tanda di luar sekolah berkenaan kewujudan kelas pendidikan khas di sekolah sebagai makluman kepada masyarakat.
- Menyediakan bilik darjah yang dilengkapi peralatan seperti kerusi, meja, papan tulis dan peralatan-peralatan lain yang perlu.
- Menyiapkan ruang ataupun bilik bagi stesen pembelajaran.
- Memastikan terdapat dua pintu keluar masuk di setiap bilik darjah bagi tujuan keselamatan dan kecemasan.
- Memastikan bilik darjah dan persekitaran selamat untuk murid pendidikan khas.
- Memastikan alat pemadam kebakaran mudah didapati di dalam kelas pendidikan khas.
- Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap di dalam bilik darjah.
- Memastikan terdapat sekurang-kurangnya dua bilik air untuk kegunaan murid.
- Memastikan peralatan tajam disimpan di tempat yang selamat.
- Memastikan bilangan kipas mencukupi di dalam kelas.
PENDAFTARAN MURID
- Bagi sekolah menengah, pastikan kita menerima fail peribadi, murid daripada sekolah rendah.
- Menerima kemasukan murid dengan meneliti borang pendaftaran dan cadangan penempatan kanak-kanak berkeperluan khas. Memastikan murid ditempatkan di program yang sesuai dengan masalahnya.
- Menemubual ibu bapa dan murid.
- Memastikan ibu bapa mengisi borang maklumat murid, menyerahkan salinan kad pengenalan dan surat beranak serta empat keping gambar untuk tujuan rekod dan fail.
- Merekodkan pendaftaran murid di dalam buku rekod pendaftaran unit pendidikan khas dan buku rekod pendaftaran sekolah.
- Menyediakan fail peribadi setiap murid bagi menyimpan maklumatnya.
- Memastikan setiap murid berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mempunyai Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya.
MEMBANTU GURU BESAR & PENGETUA
- Menyediakan jadual waktu kelas dan jadual waktu persendirian.
- Menyediakan kurikulum pendidikan khas.
- Menyediakan kegiatan kokurikulum pendidikan khas.
- Menguruskan buku kewangan pendidikan khas dengan kemas dan teratur.
- Memastikan guru mencukupi mengikut kuota yang ditetapkan.
- Memastikan kelas pendidikan khas cukup, selesa dan selamat.
- Memaklumkan bilangan murid serta menghantar senarai nama guru dan murid ke jabatan.
- Menguruskan stok kelas pendidikan khas.
- Menghubungi pembekal barangan bagi memesan barangan keperluan pengajaran dan pembelajaran.
- Mendapatkan barang yang berkualiti dengan harga yang murah bagi tujuan pembelian.
- Menguruskan pembelian peralatan dan barangan bagi pendidikan khas.
- Membantu menyelesaikan invois dengan pihak pembekal.
- Menguruskan tuntutan makan dan perjalanan guru-guru pendidikan khas dan murid pendidikan khas sekiranya melibatkan aktiviti luar.
- Menguruskan lawatan daripada pihak luar.
- Berurusan dengan pihak jabatan ataupun pihak-pihak yang berkenaan sekiranya perlu.
PENGURUSAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN KHAS
- Mengadakan taklimat antara guru-guru pendidikan khas.
- Menyediakan laporan taklimat untuk diserahkan kepada guru besar atau pengetua dan difailkan.
- Menyediakan takwim unit pendidikan khas selaras dengan takwim sekolah.
- Merancang aktiviti yang dijalankan.
- Membahagikan tugasan kepada guru-guru khas.
- Menyediakan Buku Pengurusan Pendidikan Khas.
- Menyediakan Buku Laporan Pelawat.
- Menyediakan buku disiplin atau salah laku.
- Menyediakan buku perjumpaan ibu bapa.
- Menyediakan tugasan mingguan guru-guru.
- Menyiapkan brosur Unit Pendidikan Khas.
- Menyediakan laporan berkenaan aktiviti yang dijalankan untuk didokumenkan.
PELAKSANAAN PROJEK
- Menjalankan ujian diagnostik ke atas murid khas untuk ditempatkan dalam kumpulan yang sesuai mengikut kategori.
- Menyenaraikan nama murid bagi setiap kumpulan.
- Menyediakan fail pengurusan, kewangan dan borang supaya mudah diurus apabila diperlukan.
- Melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI).
- Mengadakan pravokasional bagi sekolah menengah.
- Menyiapkan kertas kerja bagi aktiviti ataupun projek baru yang dijalankan.
KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS
- Memastikan pengajaran dan pembelajaran mengikut kurikulum yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Merancang mata pelajaran yang sesuai untuk diajar kepada murid-murid pendidikan khas berdasarkan sukatan pelajaran yang disediakan.
- Mengenalpasti mata pelajaran yang dipilih sesuai dengan tahap dan keupayaan murid.
- Memastikan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran mencukupi bagi pelaksanaan kurikulum pendidikan khas.
KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS
- Mewujudkan aktiviti kokurikulum murid pendidikan khas.
- Menggalakkan murid mengambil bahagian dalam aktiviti sukan dan permainan.
- Mendaftarkan murid dalam aktiviti kokurikulum bersama murid biasa.
- Menubuhkan unit beruniform seperti Pengakap, Puteri Islam dan sebagainya.
- Menubuhkan kelab seperti Kelab Kraftangan, Kelab Jahitan dan sebagainya.
- Menubuhkan persatuan seperti Persatuan Bahasa Malaysia, Persatuan Matematik dan sebagainya.
- Melibatkan murid dalam aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah, jabatan dan NGO.
- Memastikan bahan dan peralatan bagi aktiviti kokurikulum mencukupi.
HAL EHWAL MURID PENDIDIKAN KHAS
- Menyiapkan senarai nama murid dan maklumat lengkap.
- Mengawasi disiplin murid pendidikan khas.
- Mengenalpasti murid yang perlu mendapatkan khidmat multidisiplin.
- Mengenalpasti murid yang memerlukan bantuan kewangan.
- Melantik ketua kelas dan pengawas yang terdiri daripada murid pendidikan khas.
- Menghantar surat kepada ibu bapa sekiranya murid tidak hadir ke sekolah.
- Menghubungi ibu bapa sekiranya terdapat sebarang masalah berkenaan anak mereka.
- Menguruskan surat bagi murid untuk mendapatkan rawatan di hospital.
- Mengunjungi murid sekiranya dimasukkan ke hospital.
- Mengadakan program Home Visit untuk mewujudkan silaturrahim dengan keluarga murid.
- Mengadakan majlis hari jadi setiap bulan untuk murid.
PUSAT SUMBER PENDIDIKAN KHAS
- Menyediakan bilik yang ceria, menarik dan selesa.
- Memastikan buku-buku rujukan dan buku kerja mencukupi.
- Menyediakan buku-buku cerita yang sesuai dengan tahap murid.
- Melengkapkan bilik dengan televisyen, radio, pemain kaset, pemain video, CD, DVD dan LCD.
- Menyediakan pita video, kaset dan CD yang mencukupi.
- Melengkapkan bahan bantu mengajar yang dibeli ataupun direka sendiri.
- Mengadakan sudut bercerita ataupun pentas kecil.
BILIK KOMPUTER PENDIDIKAN KHAS
- Menyediakan komputer yang mencukupi untuk murid.
- Menyediakan perisian komputer yang sesuai.
- Mewujudkan kelas komputer dalam jadual.
- Memberikan peluang kepada semua murid belajar komputer.
PROGRAM INKLUSIF
- Memastikan program inklusif dijalankan.
- Mengkaji subjek yang sesuai.
- Mengenalpasti murid yang sesuai bagi dilibatkan dalam program itu.
- Memberi maklumat dan penerangan kepada guru besar atau pengetua, ibu bapa dan guru biasa berkenaan program inklusif.
- Memastikan program ini mendapat sokongan daripada pihak sekolah dan ibu bapa.
- Memberi pendedahan dan galakan kepada murid yang terlibat.
- Menyediakan buku-buku yang sesuai.
- Membimbing murid terlibat dalam program inklusif.
AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH
- Mewujudkan taman rekreasi yang menyediakan kolam bagi memelihara ikan