-->
� PYZAM.COM
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �
skip to main | skip to sidebar
PPKI SK Spaoh
Biten Chocolate Bar

Friday, 23 September 2011

Bahagian III : Tugas Guru Pendidikan Khas

Pelaksanaan Program Pendidikan Khas

Merujuk kepada buku yang ditulis oleh K.A Razhiyah, berikut adalah beberapa perkara yang dapat dijalankan dalam melaksanakan Program Pendidikan Khas.

PERSEDIAAN BILIK DARJAH
  • Menguruskan papan tanda di luar sekolah berkenaan kewujudan kelas pendidikan khas di sekolah sebagai makluman kepada masyarakat.
  • Menyediakan bilik darjah yang dilengkapi peralatan seperti kerusi, meja, papan tulis dan peralatan-peralatan lain yang perlu.
  • Menyiapkan ruang ataupun bilik bagi stesen pembelajaran.
  • Memastikan terdapat dua pintu keluar masuk di setiap bilik darjah bagi tujuan keselamatan dan kecemasan.
  • Memastikan bilik darjah dan persekitaran selamat untuk murid pendidikan khas.
  • Memastikan alat pemadam kebakaran mudah didapati di dalam kelas pendidikan khas.
  • Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap di dalam bilik darjah.
  • Memastikan terdapat sekurang-kurangnya dua bilik air untuk kegunaan murid.
  • Memastikan peralatan tajam disimpan di tempat yang selamat.
  • Memastikan bilangan kipas mencukupi di dalam kelas.


PENDAFTARAN MURID
  • Bagi sekolah menengah, pastikan kita menerima fail peribadi, murid daripada sekolah rendah.
  • Menerima kemasukan murid dengan meneliti borang pendaftaran dan cadangan penempatan kanak-kanak berkeperluan khas. Memastikan murid ditempatkan di program yang sesuai dengan masalahnya.
  • Menemubual ibu bapa dan murid.
  • Memastikan ibu bapa mengisi borang maklumat murid, menyerahkan salinan kad pengenalan dan surat beranak serta empat keping gambar untuk tujuan rekod dan fail.
  • Merekodkan pendaftaran murid di dalam buku rekod pendaftaran unit pendidikan khas dan buku rekod pendaftaran sekolah.
  • Menyediakan fail peribadi setiap murid bagi menyimpan maklumatnya.
  • Memastikan setiap murid berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mempunyai Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya.

MEMBANTU GURU BESAR & PENGETUA
  • Menyediakan jadual waktu kelas dan jadual waktu persendirian.
  • Menyediakan kurikulum pendidikan khas.
  • Menyediakan kegiatan kokurikulum pendidikan khas.
  • Menguruskan buku kewangan pendidikan khas dengan kemas dan teratur.
  • Memastikan guru mencukupi mengikut kuota yang ditetapkan.
  • Memastikan kelas pendidikan khas cukup, selesa dan selamat.
  • Memaklumkan bilangan murid serta menghantar senarai nama guru dan murid ke jabatan.
  • Menguruskan stok kelas pendidikan khas.
  • Menghubungi pembekal barangan bagi memesan barangan keperluan pengajaran dan pembelajaran.
  • Mendapatkan barang yang berkualiti dengan harga yang murah bagi tujuan pembelian.
  • Menguruskan pembelian peralatan dan barangan bagi pendidikan khas.
  • Membantu menyelesaikan invois dengan pihak pembekal.
  • Menguruskan tuntutan makan dan perjalanan guru-guru pendidikan khas dan murid pendidikan khas sekiranya melibatkan aktiviti luar.
  • Menguruskan lawatan daripada pihak luar.
  • Berurusan dengan pihak jabatan ataupun pihak-pihak yang berkenaan sekiranya perlu.

PENGURUSAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN KHAS
  • Mengadakan taklimat antara guru-guru pendidikan khas.
  • Menyediakan laporan taklimat untuk diserahkan kepada guru besar atau pengetua dan difailkan.
  • Menyediakan takwim unit pendidikan khas selaras dengan takwim sekolah.
  • Merancang aktiviti yang dijalankan.
  • Membahagikan tugasan kepada guru-guru khas.
  • Menyediakan Buku Pengurusan Pendidikan Khas.
  • Menyediakan Buku Laporan Pelawat.
  • Menyediakan buku disiplin atau salah laku.
  • Menyediakan buku perjumpaan ibu bapa.
  • Menyediakan tugasan mingguan guru-guru.
  • Menyiapkan brosur Unit Pendidikan Khas.
  • Menyediakan laporan berkenaan aktiviti yang dijalankan untuk didokumenkan.

PELAKSANAAN PROJEK
  • Menjalankan ujian diagnostik ke atas murid khas untuk ditempatkan dalam kumpulan yang sesuai mengikut kategori.
  • Menyenaraikan nama murid bagi setiap kumpulan.
  • Menyediakan fail pengurusan, kewangan dan borang supaya mudah diurus apabila diperlukan.
  • Melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI).
  • Mengadakan pravokasional bagi sekolah menengah.
  • Menyiapkan kertas kerja bagi aktiviti ataupun projek baru yang dijalankan.

KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS
  • Memastikan pengajaran dan pembelajaran mengikut kurikulum yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Merancang mata pelajaran yang sesuai untuk diajar kepada murid-murid pendidikan khas berdasarkan sukatan pelajaran yang disediakan.
  • Mengenalpasti mata pelajaran yang dipilih sesuai dengan tahap dan keupayaan murid.
  • Memastikan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran mencukupi bagi pelaksanaan kurikulum pendidikan khas.

KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS
  • Mewujudkan aktiviti kokurikulum murid pendidikan khas.
  • Menggalakkan murid mengambil bahagian dalam aktiviti sukan dan permainan.
  • Mendaftarkan murid dalam aktiviti kokurikulum bersama murid biasa.
  • Menubuhkan unit beruniform seperti Pengakap, Puteri Islam dan sebagainya.
  • Menubuhkan kelab seperti Kelab Kraftangan, Kelab Jahitan dan sebagainya.
  • Menubuhkan persatuan seperti Persatuan Bahasa Malaysia, Persatuan Matematik dan sebagainya.
  • Melibatkan murid dalam aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah, jabatan dan NGO.
  • Memastikan bahan dan peralatan bagi aktiviti kokurikulum mencukupi.

HAL EHWAL MURID PENDIDIKAN KHAS
  • Menyiapkan senarai nama murid dan maklumat lengkap.
  • Mengawasi disiplin murid pendidikan khas.
  • Mengenalpasti murid yang perlu mendapatkan khidmat multidisiplin.
  • Mengenalpasti murid yang memerlukan bantuan kewangan.
  • Melantik ketua kelas dan pengawas yang terdiri daripada murid pendidikan khas.
  • Menghantar surat kepada ibu bapa sekiranya murid tidak hadir ke sekolah.
  • Menghubungi ibu bapa sekiranya terdapat sebarang masalah berkenaan anak mereka.
  • Menguruskan surat bagi murid untuk mendapatkan rawatan di hospital.
  • Mengunjungi murid sekiranya dimasukkan ke hospital.
  • Mengadakan program Home Visit untuk mewujudkan silaturrahim dengan keluarga murid.
  • Mengadakan majlis hari jadi setiap bulan untuk murid.

PUSAT SUMBER PENDIDIKAN KHAS
  • Menyediakan bilik yang ceria, menarik dan selesa.
  • Memastikan buku-buku rujukan dan buku kerja mencukupi.
  • Menyediakan buku-buku cerita yang sesuai dengan tahap murid.
  • Melengkapkan bilik dengan televisyen, radio, pemain kaset, pemain video, CD, DVD dan LCD.
  • Menyediakan pita video, kaset dan CD yang mencukupi.
  • Melengkapkan bahan bantu mengajar yang dibeli ataupun direka sendiri.
  • Mengadakan sudut bercerita ataupun pentas kecil.



BILIK KOMPUTER PENDIDIKAN KHAS
  • Menyediakan komputer yang mencukupi untuk murid.
  • Menyediakan perisian komputer yang sesuai.
  • Mewujudkan kelas komputer dalam jadual.
  • Memberikan peluang kepada semua murid belajar komputer.

PROGRAM INKLUSIF
  • Memastikan program inklusif dijalankan.
  • Mengkaji subjek yang sesuai.
  • Mengenalpasti murid yang sesuai bagi dilibatkan dalam program itu.
  • Memberi maklumat dan penerangan kepada guru besar atau pengetua, ibu bapa dan guru biasa berkenaan program inklusif.
  • Memastikan program ini mendapat sokongan daripada pihak sekolah dan ibu bapa.
  • Memberi pendedahan dan galakan kepada murid yang terlibat.
  • Menyediakan buku-buku yang sesuai.
  • Membimbing murid terlibat dalam program inklusif.

AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH
  • Mewujudkan taman rekreasi yang menyediakan kolam bagi memelihara ikan

    Posted by Widyawati Sulaiman at 9/23/2011 10:16:00 pm  

    Comments
    0 Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Older Post Home
    Subscribe to: Post Comments (Atom)

    Hit Counter

    www.onlinedegreeadvantage.com
    online degree programs

    Thank You

    Zawa Hello Ramadhan

    Blog Archive

    • ▼ 2011 (6)
      • ▼ September (6)
        • Bahagian III : Tugas Guru Pendidikan Khas
        • Bahagian II : Kriteria Guru Pendidikan Khas
        • Bahagian I : Selamat Datang ke Dunia Pendidikan Khas.
        • Bahagian I : Selamat Datang ke Dunia Pendidikan Khas.
        • Salam
        • Catatan pertama.

    Followers

    Powered by Blogger.

    Popular Posts

    • Bahagian III : Tugas Guru Pendidikan Khas
      Pelaksanaan Program Pendidikan Khas Merujuk kepada buku yang ditulis oleh K.A Razhiyah, berikut adalah beberapa perkara yang dapat dijalank...
    • Bahagian II : Kriteria Guru Pendidikan Khas
      Kriteria Guru Pendidikan Khas K.A Razhiyah dalam bukunya menyenaraikan beberapa kriteria untuk menjadi Guru Pendidikan Khas. Antaranya ial...
    • Bahagian I : Selamat Datang ke Dunia Pendidikan Khas.
      Bab I : Mengapa saya menjadi Guru Pendidikan Khas M enjadi seorang guru bukanlah satu perkara yang mudah seperti mana yang dibayangkan ole...
    • Bahagian I : Selamat Datang ke Dunia Pendidikan Khas.
      Bab II : Siapa Murid Pendidikan Khas? Definisi Murid Pendidikan Khas. Mengikut terjemahan Kirk (1993), definisi pendidikan khas adalah, ...
    • Catatan pertama.
      Ini tulisan saya yang pertama dalam blog saya yang entah ke berapa. Tak tau nak letak gambar apa, letak jelah gambar raya. Hehehehe Urm...
     

    Oh Cikgu Dea

    My Photo
    Widyawati Sulaiman
    PPG UPSI Ambilan Mac 2011 D20102045119
    View my complete profile