Bab I : Mengapa saya menjadi Guru Pendidikan Khas
Menjadi seorang guru bukanlah satu perkara yang mudah seperti mana yang dibayangkan oleh sesetengah pihak. Untuk menjadi seorang guru, banyak perkara perlu diambilkira dan banyak kriteria yang perlu ada untuk melayakkan seseorang itu bergelar guru.
Menjadi seorang guru bukanlah satu perkara yang mudah seperti mana yang dibayangkan oleh sesetengah pihak. Untuk menjadi seorang guru, banyak perkara perlu diambilkira dan banyak kriteria yang perlu ada untuk melayakkan seseorang itu bergelar guru.
Bukan semua orang sanggup melibatkan diri dalam dunia pendidikan khas. Hanya orang yang terpilih dan mempunyai ketahanan psikologi yang kuat, mampu menghadapi pelbagai cabaran yang dimiliki oleh murid pendidikan khas. Keistimewaan ini tidak dimiliki oleh semua manusia.
Bersama Nur Amisharaniza. Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Multi Disablities. |
Karier guru dalam dunia pendidikan menjanjikan peluang bagi memberikan perkhidmatan dan menyumbang kepada perkembangan individu. Mendidik kanak-kanak memberikan seorang guru itu ganjaran, kepuasan peribadi dan keyakinan kerana mampu menyampaikan ilmu sebagai seorang yang terlatih dan mempunyai strategi yang teratur. Hasilnya, murid yang dididik akan mampu menggunakan ilmu yang telah dipelajari untuk menghadapi cabaran baru dalam hidupnya.
Murid yang mengalami masalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan tidak terkecuali dalam bidang pendidikan. Mereka perlu ke sekolah dan mendapat pendidikan yang bersesuaian agar tidak terus ketinggalan dan terabai dalam masyarakat. Oleh yang demikian, telah diwujudkan pelbagai program yang telah diselaraskan mengikut keupayaan dan kemampuan mereka agar mereka tidak tersisih dan berasa disisih.
Bagi menghadapi kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran, penglihatan dan pendengaran ini, ada ramai guru yang terlatih, yang telah dilengkapi dengan pelbagai kemahiran, telah dipertanggungjawabkan untuk memberikan perkhidmatan kepada mereka.
Bagi menghadapi kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran, penglihatan dan pendengaran ini, ada ramai guru yang terlatih, yang telah dilengkapi dengan pelbagai kemahiran, telah dipertanggungjawabkan untuk memberikan perkhidmatan kepada mereka.
Adakah anda adalah salah seorang daripada guru pendidikan khas?Jika jawapan anda adalah YA, tahniah saya ucapkan. Tidak ramai yang berpeluang untuk mengecapi nikmat sebagai guru pendidikan khas kerana untuk menjadi guru pendidikan khas, bukanlah sama seperti guru-guru biasa. Selain memerlukan kesabaran yang tinggi, banyak perkara lain yang perlu ada dalam diri seorang guru tersebut. Perkara ini akan saya bincangkan dalam Bahagian II : Kriteria Guru Pendidikan Khas.
Apabila membuat keputusan melibatkan diri dalam dunia pendidikan khas, kita sebenarnya telah mengambil langkah yang terbaik bagu mempertingkatkan diri ke arah salah satu cabang pendidikan. Kita masih lagi seorang GURU dan masih lagi bergelar PENDIDIK, cuma bezanya, kita menangani murid-murid yang berkeperluan khas, yang unik dan istimewa sifatnya.
Kelebihan yang dapat dijanjikan ialah kita tidak mungkin menyesal berjuang bersama-sama dalam bidang pendidikan khas ini. Kita juga mungkin tidak meratapi dan merindui murid-murid di kelas biasa aliran perdana. Kita juga tidak ada masa untuk memikirkan murid-murid yang lalu kerana dunia pendidikan khas penuh dengan cabaran dan keseronokan.
Kelebihan yang dapat dijanjikan ialah kita tidak mungkin menyesal berjuang bersama-sama dalam bidang pendidikan khas ini. Kita juga mungkin tidak meratapi dan merindui murid-murid di kelas biasa aliran perdana. Kita juga tidak ada masa untuk memikirkan murid-murid yang lalu kerana dunia pendidikan khas penuh dengan cabaran dan keseronokan.
Menjadi sebahagian daripada dunia pendidikan adalah menyeronokkan. Melangkah ke dunia pendidikan khas, misinya cuma satu yakni membimbing anak-anak berkeperluan khas yang bersifat unik dan istimewa. Kadangkala, sejak kecil lagi, ada di antara kita sudah ada jiwa yang sebati dan timbul azam untuk berbakti kepada anak-anak istimewa ini.
Daharuddin, pelajar Pendidikan Khas (BP) Global Development Delay |
Menjadi guru pendidikan khas, setiap hari adalah hari baru yang penuh cabaran dan keseronokan. Pengalaman bekerja dengan mereka adalah pengalaman yang sukar dicari dalam bidang lain. Perkara ini membuatkan hidup kita lebih bermakna. Melalui tugas sebagai guru yang mendidik anak-anak istimewa ini, membolehkan kita melihat nilai dan cabaran dalam diri individu serta bagaimana mereka berusaha mencapai sasaran yang telah kita tetapkan. Usaha dan kegigihan mereka dalam mencapai sasaran itulah yang menjadikan kita lebih bersyukur pada diri sendiri di samping menimbulkan rasa ingin membantu mereka dengan sedaya upaya kita. Insya Allah.
Mengapa menjadi GURU PENDIDIKAN KHAS?
Menurut buku Menjadi Guru Pendidikan Khas - K.A Razhiyah , terdapat beberapa sebab mengapa kita menjadi guru pendidikan khas. Antaranya ialah;
- Minat - Minat dalam pendidikan khas membuatkan kita rasa bangga apabila dapat menyumbangkan ilmu dan tenaga kepada murid-murid pendidikan khas.
- Cabaran baru - Ingin mencuba sesuatu yang yang baru. Mengajar murid biasa sudah tidak mencabar dan ingin mencari kelainan.
- Hubungan sebelumnya - Mempunyai ahli keluarga ataupun jiran tetangga yang tergolong dalam insan istimewa. Perasaan ingin membantu orang-orang yang dikenali, mendorong saya membuat keputusan terlibat dalam dunia pendidikan khas.
- Balik 'kampung' - Bidang pendidikan khas sering memerlukan tenaga pengajar. Kita menggunakan peluang ini dengan alasan mengajar murid pendidikan khas supaya dapat 'balik kampung'.
- Tiada Pilihan - Kita terpaksa menerimanya kerana bidang itu menawarkan bagi memiliki ijazah sarjana muda ataupun menghadiri Kursus Perkhidmatan Lepasan Ijazah (KPLI). Sekiranya ditolak, kita akan terlepas peluang. Akibatnya, mungkin kita menganggur seumur hidup.
- Eskapisme - Menganggap bidang ini mudah diceburi supaya dapat 'mencuri tulang'. Berada dalam aliran perdana, murid perlu menunjuk kecemerlangan akademik. Sekiranya murid pendidikan khas tidak berjaya, sudah pasti anda tidak dipersalahkan kerana mereka murid istimewa. ( Golongan ini adalah paling dahsyat. )
- Elaun - Mulai 2008, kerajaan telah menaikkan kadar elaun guru pendidikan khas. Sesiapa yang mengajar murid pendidikan khas akan mendapat elaun sebanyak RM250.00. Bagi mereka yang mengejar elaun, sudah pasti terburu-buru terjun ke dalam bidang ini.
Walau apa pun alasan mengapa kita terjun ke bidang ini, ia tidak penting. Perkara utama yang lebih penting ialah, apabila kita berikrar hendak menyumbang bakti kepada murid istimewa dan berusaha bersungguh-sungguh bagi memenuhi hasrat negara. Kita berikrar dan berjanji untuk mendidik dan memimpin putera puteri negara sebagaimana yang terkandung dalam bait lagu "Kami Guru Malaysia" yang sering kita nyanyikan setiap tahun sempena hari guru.
"Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita"
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita"
Perlu disematkan dalam diri, kita ingin menjadi guru pendidikan khas yang terbaik, guru yang diharap oleh murid mendapat pendidikan yang sempurna. Ibu bapa menaruh kepercayaan penuh kepada kita. Kita adalah harapan murid pendidikan khas bagi menjadi individu yang berguna dalam dunia penuh cabaran ini.
Bukan semua orang mahu dan berani terlibat dalam dunia pendidikan khas. Walau apa pun alasan kita pada hari pertama terjun ke dalam dunia pendidikan khas, kita masih belum terlewat. Kita masih dapat meningkatkan diri supaya menjadi guru pendidikan khas yang terbaik. Setiap langkah yang diambil dalam dunia pendidikan, khususnya pendidikan khas akan dinilai dan diberi ganjaran yang setimpalnya oleh Allah SWT. Cuma yang perlu kita lakukan ialah ikhlas dan jujur dalam menjalankan tugas demi melihat kejayaan anak-anak istimewa kita.